Pelantikan Perdana Menteri Interim cipta sejarah

Gambar kecil: Salleh Buang
Gambar kecil: Salleh Buang
A
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan Perdana Menteri Interim yang pertama berlaku dalam sejarah negara dan tidak terdapat dalam peruntukan Perlembagaan.

Pakar Undang-Undang, Profesor Datuk Salleh Buang berkata, mengikut peruntukan Perlembagaan negara mesti mempunyai seorang ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri.

Jelasnya, disebabkan itulah Perdana Menteri Interim perlu dilantik bagi membolehkan kerajaan dapat berfungsi sementara perdana menteri dan Kabinet baharu dibentuk.

"Dari segi bahasa undang-undang, interim bermaksud sementara, dari segi Bahasa Melayu ia bererti tidak rasmi tetapi kalau mengikut Perlembagaan memang (Perdana Menteri Interim) tidak ada.

"Jika hendak cakap sebagai caretaker (kerajaan sementara) perkara ini berlainan kerana ia bermaksud kerajaan sudah habis tempoh satu penggal. Ini sangat menarik kerana pertama kali berlaku dalam negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti

Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, bagaimanapun, baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pendirian baharu Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk.

Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang tadi.

Salleh ketika mengulas berhubung perkara berkenaan berkata, terdapat kemungkinan ia bagi memberi masa kepada Dr Mahathir untuk mencari calon yang sesuai bagi menggantikan beliau.

"Saya meramalkan mungkin perkara ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh satu minggu lagi," kata beliau.