X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, bagaimanapun, baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pendirian baharu Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir telah menyerahkan surat peletakan jawatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1 petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tiba di Istana Negara

Anwar akui rayu Tun M kekal sebagai Perdana Menteri

DAP mahu Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri

Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus