Penempatan 738 PPS di Pahang bantu cegah pelajar terjebak jenayah

Mohamad Noor (kanan) ketika menyantuni pelajar yang hadir sempena program First Day at School di SMK Felda Lurah Bilut, Bentong pada Isnin.
Mohamad Noor (kanan) ketika menyantuni pelajar yang hadir sempena program First Day at School di SMK Felda Lurah Bilut, Bentong pada Isnin.
A
A
A

BENTONG - Seramai 738 pegawai perhubungan sekolah (PPS) ditempatkan di seluruh Pahang setakat ini dalam usaha mencegah pelajar daripada terjebak dengan sebarang salah laku jenayah.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Datuk Mohamad Noor Yusof Ali berkata, ia antara strategi dalam membanteras kes-kes yang membabitkan pelajar khususnya salah laku buli dan jenayah seksual.

"Kita berusaha agar pelajar tidak mencatat rekod dalam diri, melakukan kesalahan atau disabitkan kesalahan jenayah kerana ia boleh mengganggu masa depan mereka.

"Kita boleh sebut ini kolabarasi antara Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertingkatkan daripada sekali kepada dua kali persidangan setahun dengan pihak sekolah," katanya.

Amizar (empat dari kanan) ketika merasmikan program tersebut yang turut dihadiri Mohamad Noor (tiga dari kanan).
Amizar (empat dari kanan) ketika merasmikan program tersebut yang turut dihadiri Mohamad Noor (tiga dari kanan).

Beliau ditemui pemberita selepas program First Day at School Peringkat Negeri Pahang 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Lurah Bilut di sini pada Isnin.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam dan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang, Ahmad Zamri Md Isa.

Sementara itu, Amizar memberitahu kerajaan negeri mengalu-alukan dan menyokong penuh usaha tersebut dalam mencegah sebarang salah laku di kalangan pelajar di Pahang.

Artikel Berkaitan:

"Kalau boleh dapat dipertingkatkan lagi penglibatan PPS di sekolah pada tahun depan," tambahnya.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!