Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa

Keadaan semasa Pasaraya Besar Mydin selepas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran yang memusnahkan 10 peratus papan tanda pasar raya tersebut kira-kira 8.30 malam Ahad. Foto Bernama
Keadaan semasa Pasaraya Besar Mydin selepas pihak bomba berjaya mengawal kebakaran yang memusnahkan 10 peratus papan tanda pasar raya tersebut kira-kira 8.30 malam Ahad. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya di sini yang mengalami kebakaran kecil pada malam Ahad kembali beroperasi seperti biasa.

Dalam satu kenyataan, pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut kenyataan itu, kebakaran yang berlaku jam 8.38 malam tersebut, hanya insiden kecil membabitkan papan tanda luar bangunan.

Makluman operasi Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya yang dikongsi di Facebook.
Makluman operasi Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya yang dikongsi di Facebook.

"Dalam kejadian tersebut, semua pelanggan dan kakitangan berjaya keluar dengan selamat menerusi bantuan bomba serta petugas Mydin," katanya.

Sinar Harian melaporkan, kebakaran berlaku mengakibatkan pengunjung yang sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan cemas sebelum lari menyelamatkan diri.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati papan tanda di luar bangunan itu terbakar dianggarkan sebanyak 10 peratus.

Pada 10 Mac tahun lalu, Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi terbakar sehingga mengakibatkan berlaku runtuhan dinding pada bahagian kanan premis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!