'Perniagaan bukan sekadar wang dan harta'

Dari kanan, Azizi, Norsyahrin dan Ahmad Yazid ketika program #Sembang Santai Rezeki & Ukhuwah anjuran Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia di Hotel Grant Barakah Ampang pada Sabtu.
Dari kanan, Azizi, Norsyahrin dan Ahmad Yazid ketika program #Sembang Santai Rezeki & Ukhuwah anjuran Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia di Hotel Grant Barakah Ampang pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Konsep rezeki dalam perniagaan bukan sekadar wang dan harta tetapi perlu bermula dengan sikap amanah serta kejujuran yang tinggi selain hubungan baik sesama manusia.

Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia, Azizi Fickry berkata, kejujuran bukan sahaja memperkukuh hubungan pemain industri tetapi mencipta suasana perniagaan yang bersih.

"Apa yang saya rasa hendak sampaikan adalah pengalaman kami selama 47 tahun dalam bidang percetakan, atas pengalaman kami sebagai pemain industri, saya rasa perkara paling penting adalah kejujuran

"Kita pernah menjalinkan hubungan perniagaan bersama Giant selama 30 tahun dan Jusco selama 27 tahun jadi kebanyakan pelanggan kami puratanya lebih kurang 30 tahun.

Azizi (lima dari kiri) dan ahli jawatankuasa penganjur bersama Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail (tiga dari kanan).
Azizi (lima dari kiri) dan ahli jawatankuasa penganjur bersama Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail (tiga dari kanan).

"Apa yang kita buat ialah membina kepercayaan, apa yang kita janjikan kita buat, kita perlu membina kepercayaan dengan pelanggan untuk pastikan tiada urus niaga yang tidak jujur," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada program #Sembang Santai Rezeki & Ukhuwah anjuran Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia di Hotel Grant Barakah Ampang pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Program diskusi itu turut disertai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon dan Felo Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman sebagai moderator dan Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah sebagai motivator.

Majlis perasmian penutup disempurnakan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Sementara itu, Norsyahrin pula berkongsi pengalaman bagaimana ukhuwah dan sikap tolong-menolong dalam komuniti perniagaan mampu membuka pintu rezeki yang lebih luas.

"Topik rezeki dan ukwah sangat bertepatan dengan usahawan iaitu melalui ukhuwah kita boleh meningkatkan rezeki kerana di dalam perniagaan ini kita bergerak secara ekosistem.

"Kita mempunyai jaringan perniagaan kita, dan 'networking' dalam kalangan ahli membantu meningkatkan perniagaan dan peluang perniagaan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara," ujarnya.

Mohd Fadzilah Kamsah sebagai motivator program #Sembang Santai Rezeki & Ukhuwah anjuran Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia di Hotel Grant Barakah Ampang pada Sabtu.
Mohd Fadzilah Kamsah sebagai motivator program #Sembang Santai Rezeki & Ukhuwah anjuran Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia di Hotel Grant Barakah Ampang pada Sabtu.

Sementara itu, program yang dikendalikan oleh Ahmad Yazid ini juga menyentuh mengenai soal integriti dan impak rasuah yang menjejaskan landskap perniagaan serta melemahkan kepercayaan awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!