UAE hantar 10 konvoi bantuan ke Gaza

GAZA - Sebanyak 10 konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah di Mesir, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Penghantaran bantuan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan UAE untuk menyokong dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin.
Konvoi itu terdiri daripada 175 trak yang membawa lebih 2,400 tan bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan makanan, bekalan perubatan, makanan tambahan kanak-kanak, kurma, khemah perlindungan, pakaian dan barangan keperluan lain.
Penghantaran terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan konvoi bantuan yang memasuki Gaza di bawah Operasi Chivalrous Knight 3 kepada 175.
Konvoi bantuan ini memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesukaran yang dihadapi penduduk Gaza, meringankan beban penduduk Palestin yang terhimpit serta memastikan akses kepada keperluan asas. - Bernama/WAM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!