Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan

Zoo di Jepun larang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menggoda wanita. Foto Agensi
Zoo di Jepun larang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menggoda wanita. Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita, lapor South China Morning Post.

Zoo Healing Pavilion yang terletak di Wilayah Tochigi di timur Jepun, adalah zoo interaktif yang membenarkan pengunjungnya memberi makan, memeluk haiwan seperti kucing, anjing dan biri-biri.

Sejak dibukan Mac lalu, zoo tersebut menyasarkan untuk menyediakan persahabatan terapeutik dengan haiwan dan manusia.

Pada 26 Januari lalu, pengarah zoo, Misa Mama mengumumkan sekatan tersebut di laman media sosial sehingga mengejutkan netizen dan pengikutnya.

"Larangan berkuatkuasa, pengunjung lelaki dilarang memasuki zoo seorang diri," katanya.

Notis itu ditampal di pintu masuk zoo, menyatakan lelaki solo mesti ditemani keluarga atau rakan.

Mama menegaskan bahawa sejak zoo itu ditubuhkan, majoriti pengunjungnya adalah keluarga atau pasangan.

Bagaimanapun, terdapat kes beberapa pengunjung lelaki bujang telah menghampiri dan cuba menggoda pengunjung wanita.

Pengarah itu mendedahkan terdapat lelaki yang terbabit dalam tingkah laku kurang sopan atau bercakap lucah.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Mama menegaskan Healing Pavilion ditubuhkan untuk 'menyembuhkan emosi' dan bukannya tempat mencari jodoh.

"Peraturan ini bukan berdasarkan keangkuhan atau salah faham lelaki," jelas Mama.

Namun, beberapa netizen mempersoalkan keadilan polisi terhadap pengunjung lelaki yang dianggap diskriminasi jantina oleh pihak zoo. - Agensi

@sinarharianonline Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita, lapor South China Morning Post. Zoo Healing Pavilion yang terletak di Wilayah Tochigi di timur Jepun, adalah zoo interaktif yang membenarkan pengunjungnya memberi makan, memeluk haiwan seperti kucing, anjing dan biri-biri. #SinarHarian #SinarTerkini #Zoo#Jepun Round and Round Mingle Song Squid Game 2 - Chico Guerra

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!