Bekalan air belum pulih, penduduk terus bergantung air minuman botol

Pekerja pemborong barangan keperluan menyusun air mineral yang dijual ketika tinjauan di Pekan Teluk Intan, pada Khamis. Foto Bernama
Pekerja pemborong barangan keperluan menyusun air mineral yang dijual ketika tinjauan di Pekan Teluk Intan, pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

TELUK INTAN - Penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air di sini sejak seminggu lepas terpaksa bergantung kepada air minuman berbotol untuk urusan harian sementara menunggu bekalan pulih sepenuhnya.

Seorang penduduk di Taman Banjar Indah, Noor Imanina Atiqah Abdullah, 30, berkata, keadaan itu menyebabkan bekalan air berkenaan termasuk air mineral kini sukar diperoleh, dengan kebanyakan kedai di sekitar perumahan itu sudah kehabisan stok.

"Malam tadi Lembaga Air Perak (LAP) ada buka semula bekalan air selama lima jam untuk penduduk sini tadah secukupnya. Dapatlah kami gunakan untuk mandi dan sebagainya, tetapi untuk memasak masih terpaksa beli air mineral (air minuman berbotol)," katanya ketika ditemui Bernama pada Khamis.

Mohd Fauzi menyusun air mineral di dalam kereta yang dibeli di kedai pemborong untuk kegunaan harian ketika tinjauan di Pekan Teluk Intan hari ini.
Permintaan air mineral melonjak naik ekoran gangguan bekalan air berpunca akibat kebocoran paip bawah tanah milik Lembaga Air Perak (LAP) yang mengalirkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh bersebelahan Taman Bunga Raya, dekat Tapah.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohd Fauzi menyusun air mineral di dalam kereta yang dibeli di kedai pemborong untuk kegunaan harian ketika tinjauan di Pekan Teluk Intan hari ini. Permintaan air mineral melonjak naik ekoran gangguan bekalan air berpunca akibat kebocoran paip bawah tanah milik Lembaga Air Perak (LAP) yang mengalirkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh bersebelahan Taman Bunga Raya, dekat Tapah. -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mohd Fauzi Ibrahim, 48, dari Chenderong Balai berkata, beliau terpaksa membeli air minuman berbotol atau air mineral kerana tiada pilihan lain kerana bekalan air paip yang diterima tidak mencukupi untuk kegunaannya sekeluarga.

"Ramai yang datang beli air minuman berbotol di pekan Teluk Intan, yang kesemuanya saya tengok beli dalam jumlah agak banyak daripada pemborong dengan harga sekotak 1.5 liter bernilai RM9, berbanding lebih RM13 di kedai biasa.

"Hari ini pun saya beli lebih 10 kotak air mineral di kedai pemborong, ada penduduk kampung yang kirim sebab memang agak susah hendak dapatkan bekalan air bersih," katanya dan berharap gangguan bekalan air akan pulih segera agar tidak membebankan pengguna, khususnya warga emas dan yang kurang berkemampuan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang pemborong,Tan Hoi Leong, 62, berkata, kedainya menjadi tumpuan orang ramai semata-mata untuk membeli air minuman berbotol dengan bekalan telah ditambah berbanding biasa bagi memenuhi permintaan.

"Saya masih menjualnya pada harga biasa serta tidak hadkan pembelian untuk setiap pelanggan," katanya dan memaklumkan terdapat pelanggan yang datang dari Tapah dan Bidor untuk mendapatkan bekalan.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan bekalan air bersih ketika tinjauan di Pekan Langkap, pada Khamis. Foto Bernama
Orang ramai beratur untuk mendapatkan bekalan air bersih ketika tinjauan di Pekan Langkap, pada Khamis. Foto Bernama

Terdahulu, LAP Wilayah Selatan memaklumkan bekalan air dibuka buat sementara sejak 8 malam tadi di beberapa kawasan di daerah Hilir Perak yang mengalami gangguan bekalan sejak seminggu lepas.

Pada Isnin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di daerah Batang Padang serta Hilir Perak sejak 6 Februari dijangka pulih berperingkat bermula Selasa.

Mohammad Nizar berkata, gangguan bekalan air itu akibat kebocoran paip bawah tanah milik LAP yang mengalirkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh bersebelahan Taman Bunga Raya, Tapah. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!