LTTE: ADUN Seremban Jaya lepas, bebas

Gunasekaren dikerumuni ahli keluarga selepas dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan berkaitan LTTE hari ini.
Gunasekaren dikerumuni ahli keluarga selepas dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan berkaitan LTTE hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaren yang didakwa atas dua pertuduhan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Gunasekaren dibebaskan atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dalam satu majlis di Melaka, dua tahun lalu.

Beliau turut dibebaskan atas tuduhan memberi sokongan kepada LTTE dengan cara menggunakan aplikasi Facebook atas nama ‘Dap Guna Palanisamy’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sini kira-kira 2 petang pada 7 Oktober tahun lalu.

Dalam dua mahkamah berasingan, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan untuk memberhentikan prosiding undang-undang terhadap tertuduh.

Tiga hari lalu, Peguam Negara memutuskan untuk menghentikan prosiding terhadap 12 tertuduh yang menghadapi 34 pertuduhan berhubung menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataannya berkata, tindakan itu diputuskan selepas tiada prospek jelas untuk sabitan ke atas pertuduhan terbabit.

"Dalam menjalankan kuasa budi bicara saya, menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan saya memutuskan untuk memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: LTTE: AG tamatkan prosiding terhadap 12 individu

Artikel Berkaitan:

LTTE: 28 hujah AG batal prosiding jenayah 12 individu

Keputusan gugur pendakwaan kes LTTE perlekeh polis: Musa

'Keputusan Peguam Negara melangkaui Tun M, Muhyiddin'

Peguam Negara tiada kuasa, kata Muhyiddin

Petisyen online pecat Tommy Thomas dapat 18,000 sokongan