Gagal elak kereta tukar lorong punca nahas empat kenderaan

Sebuah kereta terbabas akibat mengelak kenderaan di hadapannya yang menukar lorong di KM226.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Selasa. Keadaan salah sebuah kenderaan berkenaan selepas kejadian.
Sebuah kereta terbabas akibat mengelak kenderaan di hadapannya yang menukar lorong di KM226.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Selasa. Keadaan salah sebuah kenderaan berkenaan selepas kejadian.
A
A
A

REMBAU - Sebuah kereta terbabas akibat mengelak kenderaan di hadapannya yang menukar lorong sebelum berlaku kemalangan membabitkan tiga lagi kenderaan lain di Kilometer 226.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu melibatkan empat kenderaan iaitu Perodua Myvi, Toyota Hiace, lori dan Toyota Yaris.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dipandu seorang tentera dari arah utara menghala Simpang Ampat.

"Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan dipercayai menukar lorong di hadapan menyebabkan Perodua Myvi terbabas dan hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.

"Pada masa yang sama datang Toyota Hiace di lorong sama telah melanggar belakang kenderaan itu. Toyota Hiace kemudiannya melanggar lori yang berhenti di lorong kecemasan untuk membantu pemandu Perodua Myvi. Nahas juga melibatkan sebuah Toyota Yaris," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, kesemua pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan yang mana pemandu Perodua Myvi dan Toyota Hiace telah membuat laporan polis serta keterangannya telah diambil.

"Pihak polis kini masih menunggu pemandu lori dan Toyota Yaris membuat laporan. Siasatan kes masih diteruskan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!