Bapa peluk erat jenazah anak selepas kereta terbabas masuk gaung

Seorang bapa memangku dan memeluk erat anaknya yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto: PDRM
Seorang bapa memangku dan memeluk erat anaknya yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto: PDRM
A
A
A

RAUB - [DIKEMAS KINI] Seorang bapa memeluk erat jenazah anak perempuannya yang berusia lima tahun selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung di jalan lama Raub-Bentong dekat jambatan besi pertama Tras di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keadaan kereta Honda Accord yang dinaiki mangsa dalam kejadian tersebut. - Foto: PDRM
Keadaan kereta Honda Accord yang dinaiki mangsa dalam kejadian tersebut. - Foto: PDRM

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu bapa mangsa yang juga buruh ladang durian dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu berusia 30 tahun masih sedar dan telah membawa naik mangsa penumpang hadapan, seorang kanak-kanak perempuan iaitu anaknya sendiri yang tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bantuan pernafasan yang diberikan kepada kanak-kanak terbabit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto: PDRM
Bantuan pernafasan yang diberikan kepada kanak-kanak terbabit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto: PDRM

Pasukan bomba dan penyelamat juga berusaha memberikan bantuan pernafasan dalam usaha menyelamatkan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohd Shahril, pembantu perubatan Hospital Raub yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!