Masjid Al-Muhtadin bernilai RM6 juta mampu tampung 1,500 jemaah

Masjid Al-Muhtadin, Kariah Sungai Seluang, Kulim.
Masjid Al-Muhtadin, Kariah Sungai Seluang, Kulim.
A
A
A

KULIM - Projek naik taraf Masjid Al-Muhtadin, Kariah Sungai Seluang, dekat sini yang berjaya disiapkan dalam tempoh lebih kurang setahun dengan pembiayaan projek lebih RM6 juta mampu memberikan keselesaan kepada 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Isahak Murat berkata, kedudukan strategik masjid ini menjadi tempat menunaikan ibadah masyarakat setempat serta menjadi tempat persinggahan para musafir dan pekerja kilang di sekitar kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Menurutnya, PKNK berharap masjid ini mampu menjadi pusat ibadah dan penyatuan ummah bagi masyarakat setempat.

Isahak (kanan) pada majlis penyerahan projek siap menaik taraf Masjid Al-Muhtadin.
Isahak (kanan) pada majlis penyerahan projek siap menaik taraf Masjid Al-Muhtadin.

“Hari ini saya mewakili PKNK menyerahkan projek Membina semula Masjid Muhtadin yang telah siap sepenuhnya kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan seterusnya kepada Pegawai Agama Daerah Kulim dan Imam masjid.

“Projek yang menelan belanja lebih RM6 juta ringgit ini mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, sumbangan PKNK dan sumbangan orang awam. Masjid baharu ini dapat menampung 1,500 jemaah dan lengkap dengan semua kemudahan berkaitan,” katanya melalui Facebook rasminya.

Simbolik penyerahan kunci dilakukan antara PKNK selaku agensi pelaksana kepada MAIK selaku pemilik tanah, dan seterusnya kepada Imam Masjid Al-Muhtadin pada Majlis penyerahan projek siap Menaiktaraf Masjid Al-Muhtadin, dekat sini.

Isahak berkata lagi, projek tersebut mula dibina pada 22 Mac 2023 dan telah berjaya disiapkan pada 13 Jun 2024.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pembinaan berkenaan melalui peruntukan yang dibiayai oleh Kementerian Ekonomi melalui Program Projek-Projek Kecil, Berimpak Tinggi, People Centric sebanyak RM4,485,000 dan Jawatankuasa Penaja Masjid Al-Muhtadin sebanyak RM1,849,173.30.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!