Lelaki ditahan seludup 4,000 pokok orkid bernilai RM2 juta

Hasil pemeriksaan dalam lori menemukan pokok orkid yang dipercayai cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan. Pemandu lori (kanan) dipercayai bertindak sebagai penghantar ditahan untuk siasatan lanjut. Foto FB PGA

A
A
A

KOTA BHARU - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 4,000 pokok orkid dianggar bernilai RM2 juta dipercayai dibawa masuk dari negara jiran di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Pasir Mas, pada Ahad.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejayaan itu susulan pemantauan rapi Op Taring Wawasan Kelantan sebelum PGA menahan sebuah lori kira-kira jam 1 tengah hari.

Antara pokok orkid yang dirampas. Foto FB PGA
Antara pokok orkid yang dirampas. Foto FB PGA

"Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan kesemua pokok orkid terbabit yang dipercayai cuba diseludup masuk ke pasaran tempatan.

"Tanaman itu juga disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit yang boleh mengancam sektor pertanian negara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pemandu lori itu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun dan dipercayai bertindak sebagai penghantar kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167). - Bernama

Lori yang digunakan untuk menyeludup pokok orkid. Foto FB PGA
Lori yang digunakan untuk menyeludup pokok orkid. Foto FB PGA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!