Lelaki didakwa tawar khidmat seks, video lucah RM120 pada polis

Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen.
Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berperwatakan wanita, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menawarkan khidmat seks dan menjual video lucah kepada anggota polis dengan bayaran RM120 pada September 2024.

Muhammad Shafiq Mohd Hairuddin, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengiklankan dan menawarkan perkhidmatan seks serta menjual video termasuk gambar lucah bagi tujuan persundalan, menggunakan aplikasi X, kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dengan bayaran RM120.

Kesalahan didakwa dilakukan di hadapan sebuah hotel di Jalan Klang Lama, Brickfields di sini, jam 11.30 pagi, 9 September 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip sementara tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faiz Syukri.

Siti Shakirah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mac depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!