Terapi alam untuk anak istimewa

Wan Faizatul Aniza (kiri) bersama kanak-kanak Bizara sempena perasmian Famazara Agro Educare sebagai Pusat Rujukan Pertanian Untuk Kanak-Kanak Istimewa pada Ahad.
Wan Faizatul Aniza (kiri) bersama kanak-kanak Bizara sempena perasmian Famazara Agro Educare sebagai Pusat Rujukan Pertanian Untuk Kanak-Kanak Istimewa pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 60 kanak-kanak istimewa di pusat pendidikan kanak-kanak istimewa Bizara Educare mendapat manfaat berkaitan pertanian melalui projek Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Bizara (Famazara).

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata, agensi itu menyumbang sebanyak 296 anak pokok khusus untuk membantu perkembangan anak-anak istimewa itu.

Beliau memberitahu, antara pokok yang disumbangkan ialah jambu madu, mangga, belimbing madu, limau bali, bunga ixora dan beberapa jenis sayuran.

Wan Faizatul Aniza (lima, kanan) menanam benih sawi pada sempena perasmian Famazara Agro Educare sebagai Pusat Rujukan Pertanian Untuk Kanak-Kanak Istimewa pada Ahad.
Wan Faizatul Aniza (lima, kanan) menanam benih sawi pada sempena perasmian Famazara Agro Educare sebagai Pusat Rujukan Pertanian Untuk Kanak-Kanak Istimewa pada Ahad.

"Kita dapat melihat perkembangan untuk anak-anak istimewa bagi pembelajaran di bilik darjah khususnya termasuk proses penanaman, penuaian pada masa sama mempromosikan produk buah-buahan tempatan.

"Melalui pertanian ini juga kita mahu mengetengahkan keistimewaan dan nutrisi produk buah-buahan khusus untuk perkembangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Famazara Agro Educare sebagai Pusat Rujukan Pertanian Untuk Kanak-Kanak Istimewa pada Ahad.

Wan Faizatul Aniza berharap projek Famazara dapat belajar melalui alam dan dalam masa yang sama mengenali mengenai agro pertanian dan makanan.

"Ini merupakan satu konsep asas yang kita perkenalkan berkaitan bekalan makanan dan dapat memberi impak positif bukan sahaja untuk Bizara malah untuk keseluruhan komuniti di sini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, usaha menggalakkan anak-anak istimewa mengenali bidang pertanian juga sesuai dengan hasrat kerajaan menekankan sekuriti makanan dalam negara.

Sementara itu, Bizara menyediakan kawasan seluas 3,700 kaki persegi untuk penanaman pokok bagi membolehkan kanak-kanak terlibat dengan terapi alam.

Menurutnya, modul dalam Famazara ialah menggunakan terapi itu untuk kebaikan dan pembelajaran kanak-kanak terbabit.

"Pembelajaran ini tidak tertumpu di dalam kelas sahaja dan turut memberi perhatian kepada alam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!