Amanah pertimbang calon bukan Melayu di kerusi campuran

Amanah sedia pertimbang calon bukan Melayu dan bukan Islam untuk bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang. Gambar kecil: Faiz Fadzil
Amanah sedia pertimbang calon bukan Melayu dan bukan Islam untuk bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang. Gambar kecil: Faiz Fadzil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia mempertimbangkan calon bukan Melayu dan bukan Islam untuk bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agungnya, Faiz Fadzil berkata, perkara itu bergantung kepada demografi kawasan yang ditandingi.

“Kita menghargai penyertaan mereka. Jika kerusi tersebut bermajoriti Melayu, maka calon bukan Melayu tidak boleh diletakkan.

“Tetapi jika ia kerusi campuran, kita akan pertimbangkan calon bukan Melayu. Jika lebih banyak kerusi campuran diperoleh, maka peluang itu akan diberikan,” katanya ketika ditemubual sebuah portal berita pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Amanah akan meletakkan calon bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas lanjut, Faiz menjelaskan bahawa Amanah yang merupakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas di Pulau Pinang selepas meletakkan calon Melayu menentang Presiden Gerakan, Dominic Lau dari Perikatan Nasional (PN).

Amanah merupakan sebuah parti berteraskan Melayu tetapi turut membuka keahlian kepada masyarakat bukan Melayu. Setakat ini, parti itu bertanding di kawasan majoriti Melayu dan kerusi campuran.

Menurut Faiz, yang lebih penting adalah memastikan calon yang diletakkan berpotensi untuk menang.

“Faktor kaum bukanlah penentu utama pemilihan calon. Pada masa kini, tiada parti tunggal yang boleh menang untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau menegaskan bahawa kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada gabungan politik bukannya parti secara individu.

“Apa sahaja keputusan pilihan raya, yang menang adalah gabungan. Tiada satu parti yang boleh menang secara bersendirian,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!