Bersatu persiap jentera hadapi kemungkinan pilihan raya mengejut hujung tahun ini

Muhyiddin (kanan) mempengerusikan mesyuarat Bersatu pada Jumaat.
Muhyiddin (kanan) mempengerusikan mesyuarat Bersatu pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini sedang mempersiapkan jentera mereka bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut atau ‘snap election’ pada hujung tahun ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, arahan persiapkan jentera parti itu dikeluarkan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pertemuan dan dialog dengan Badan Pimpinan Negeri (BPN) parti itu yang berlangsung pada Jumaat.

“Dalam perbincangan pagi ini, Yang Berhomat (YB) Presiden menegaskan bahawa semua jentera Bersatu mesti digerakkan sekarang untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut pada hujung tahun ini.

“YB Presiden mengeluarkan arahan supaya audit kekuatan jentera Bersatu dimulakan di semua negeri khususnya kawasan-kawasan tumpuan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau.

Muhyiddin (tengah) yang hadir mempengerusikan mesyuarat turut mengeluarkan arahan supaya audit kekuatan jentera Bersatu dimulakan di semua negeri bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut.
Muhyiddin (tengah) yang hadir mempengerusikan mesyuarat turut mengeluarkan arahan supaya audit kekuatan jentera Bersatu dimulakan di semua negeri bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut.

Bekas Menteri Besar Selangor tersebut berkata, perbincangan berkenaan memberi tumpuan kepada perkembangan yang amat meyakinkan susulan perbincangan khas di kalangan pimpinan tertinggi Bersatu dan Pas pada Rabu lalu yang turut dihadiri oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin.

Mohamed Azmin memaklumkan, Muhyiddin turut menyeru semua pimpinan dan ahli-ahli parti itu untuk menjaga disiplin dan berintegriti, menjalin kerjasama dengan parti-parti anggota dalam PN dan sentiasa menyantuni serta bersifat prihatin rakyat.

“Semoga ALLAH SWT mempermudahkan perjalanan perjuangan Bersatu dan memberi kemenangan yang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Melangkah maju bersama Bersatu),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pada November tahun lalu, Mohamed Azmin dilapor menggesa semua ahli mahupun kepimpinan Bersatu bersiap sedia untuk menghadapi PRU16 yang diramal diadakan sebelum penggal tamat pada 2027.

Mohamed Azmin yakin pilihan raya mengejut akan berlaku sebelum tamatnya penggal pemerintahan Kerajaan Madani disebabkan tekanan daripada rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!