Warga emas dipercayai mengantuk langgar kenderaan di simpang empat

Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan MPV dipandu seorang warga emas melanggar kenderaan lain.
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan MPV dipandu seorang warga emas melanggar kenderaan lain.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas dipercayai mengantuk apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya melanggar kenderaan lain di persimpangan empat lampu isyarat Bukit Setongkol di sini pada Khamis.

Kejadian tersebut tular di laman sosial menerusi rakaman kamera papan pemuka berdurasi 38 saat.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sebanyak tiga kenderaan iaitu MPV jenis Perodua Alza dan dua kereta Proton Saga BLM terlibat dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah hari itu.

Bagaimanapun katanya, kesemua mangsa selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian MPV melanggar kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Bukit Setongkol,Kuantan pada Khamis.
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian MPV melanggar kenderaan di persimpangan empat lampu isyarat Bukit Setongkol,Kuantan pada Khamis.

"Siasatan awal mendapati lelaki berusia 72 tahun yang memandu Perodua Alza dari Bandar Kuantan itu sedang menghala ke Bukit Setongkol.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Perodua Alza tiba-tiba hilang kawalan dipercayai akibat mengantuk lalu terbabas melanggar Proton Saga BLM berwarna kelabu dipandu lelaki berusia 19 tahun," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, impak kemalangan antara dua kenderaan itu telah menyebabkan Proton Saga BLM terbabit mengundur dan melanggar bahagian hadapan sebuah lagi Proton Saga BLM lain dipandu lelaki berusia 32 tahun.

"Pihak polis telah melawat tempat kejadian serta mendapatkan saksi-saksi bebas selain merakamkan percakapan ketiga-tiga pemandu terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59," katanya.

@sinarharianonline

Seorang lelaki warga emas dipercayai mengantuk apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya melanggar kenderaan lain di persimpangan empat lampu isyarat Bukit Setongkol, Kuantan pada Khamis. Kejadian tersebut tular di laman sosial menerusi rakaman kamera papan pemuka berdurasi 38 saat. #SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan #WargaEmas #MemanduBerbahaya Kredit muzik: Alice in winter daripada Soundstripe

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!