Helikopter terbakar ketika mendarat, seorang jurutera maut

Helikopter terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong sebentar tadi. - Foto JBPM Pahang
Helikopter terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong sebentar tadi. - Foto JBPM Pahang
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah helikopter musnah selepas terbalik sebelum terbakar ketika mendarat untuk mengisi bahan api di lokasi berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Bentong pada Khamis.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, dalam kejadian yang dilaporkan jam 10.39 pagi itu, seorang jurutera warga Indonesia yang berada di kawasan pendaratan maut dipercayai terkena bilah kipas helikopter.

Menurutnya, dalam nahas itu, juruterbang helikopter jenis Bell 206L4 yang juga warga Indonesia terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Sebuah helikopter musnah selepas terbalik sebelum terbakar ketika mendarat untuk mengisi bahan api di lokasi berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Bentong pada Khamis.
Sebuah helikopter musnah selepas terbalik sebelum terbakar ketika mendarat untuk mengisi bahan api di lokasi berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Bentong pada Khamis.

"Susulan maklumat diterima Pusat Gerakan Operasi (PGO) berhubung kejadian, sepasukan anggota ke lokasi bersama satu jentera Fire Rescue Tander (FRT).

"Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai melakukan pendaratan di lokasi untuk tujuan pengisian bahan bakar.

"Ketika berada di darat semasa melakukan pendaratan, helikopter telah hilang kawalan dan terbalik," katanya.

Wan Ahmad Fadillah berkata, helikopter terbabit telah terbakar dan musnah sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!