Yakin PH rampas Cameron Highlands

Mohd Rowi (dua, kanan) ketika menziarahi keluarga miskin menerusi program Ziarah Kasih hari ini.
Mohd Rowi (dua, kanan) ketika menziarahi keluarga miskin menerusi program Ziarah Kasih hari ini.
A
A
A

BACHOK - Trend peningkatan majoriti PH dalam beberapa PRK lalu memberi keyakinan kepada PH untuk merampas Cameron Hghlands dalam PRK nanti.

Ketua PKR Cabang Bachok, Datuk Mohd Rowi Dollah berkata, tambahan pula rakyat kini sudah menilai keupayaan PH mentadbir negara.

Katanya, lawan utama PH adalah BN yang mana penyelewengan pemimpinnya kini didedahkan satu persatu.

"Umno sendiri mengakui mereka tidak mempunyai kekuatan ketika ini, sedangkan trend peningkatan majoriti PH sedang berlaku.

"Saya rasa tidak ada sebab rakyat nak menolak PH dalam PRK," katanya ketika menjayakan program Ziarah Kasih hari ini.

Menurutnya, kesanggupan Pas membantu BN dalam PRK kali ini tidak menjejaskan kekuatan PH.

Dalam beberapa PRK lalu katanya, Pas dan BN sudah berkerjasama tetapi tidak mampu menghalang kebangkitan PH.

"Sokongan Pas kepada BN bukanlah impak besar kepada PH, sudah beberapa kali parti itu bergabung tetapi ia tidak menjadi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, PKR Kelantan membantu kempen di Cameron Highlands bagi memastikan PH merampas kerusi yang sebelum ini dikuasai BN.