SW Corp Pahang sedia tong sampah di LTU Pintasan Bentong

Tong-tong sampah kini ditempatkan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong untuk kemudahan pengguna jalan raya. Foto SWCorp Pahang
Tong-tong sampah kini ditempatkan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong untuk kemudahan pengguna jalan raya. Foto SWCorp Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 10 tong sampah ditempatkan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong untuk kemudahan pengguna laluan itu membuang sampah.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid berkata, inisiatif itu dilakukan susulan masalah pembuangan sampah yang berlaku di laluan itu baru-baru ini.

Menurutnya, isu yang pernah timbul di LTU Lipis sebelum ini kini berlaku di laluan LTU Pintasan Bentong itu.

Kerja-kerja pembersihan sampah dijalankan SWCorp Pahang bersama Alam Flora di LTU Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong baru-baru ini. Foto SWCorp.Pahang
Kerja-kerja pembersihan sampah dijalankan SWCorp Pahang bersama Alam Flora di LTU Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong baru-baru ini. Foto SWCorp.Pahang

"Justeru inisiatif menempatkan tong-tong sampah ini bagi mengelak kejadian membuang sampah merata-rata di tepi laluan itu berulang selepas kawasan tersebut dibersihkan baru-baru ini.

"Kerja-kerja pembersihan dijalankan SWCorp Bentong bersama syarikat konsesi Alam Flora dimana 75 kilogram sampah berjaya dikutip dan dibersihkan di lokasi tersebut," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Kerja-kerja pembersihan sampah dijalankan SWCorp Pahang bersama Alam Flora di LTU Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong baru-baru ini. Foto SWCorp.Pahang
Kerja-kerja pembersihan sampah dijalankan SWCorp Pahang bersama Alam Flora di LTU Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong baru-baru ini. Foto SWCorp.Pahang

Sharudin berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk bersama- sama menjaga kebersihan sepanjang laluan dilalui dan fasiliti disediakan ketika menuju ke mana-mana destinasi pada musim perayaan dan cuti sekolah ini.

"Kebersihan tanggungjawab bersama, bukan terletak di bawah tanggungjawab pihak berwajib ataupun pekerja pembersihan sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan dengan kemudahan yang disediakan ini, pengguna LTU dapat memanfaatkan semaksimum mungkin kemudahan tersebut," katanya.

Tong -tong sampah kini ditempatkan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong untuk kemudahan pengguna jalan raya. Foto SWCorp Pahang
Tong -tong sampah kini ditempatkan di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pintasan Bentong berhampiran bulatan Mempaga, Bentong untuk kemudahan pengguna jalan raya. Foto SWCorp Pahang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!