'Peti ais terbuka' demi jimat kos elektrik

OTTAWA - Seorang warga India menggunakan 'cara' berbeza untuk menjimatkan kos hidup di Kanada.
Rakaman video yang menjadi tular di media sosial itu menunjukkan perbualan antara beberapa orang lelaki dan salah seorang daripadanya merungut tentang bil elektrik yang tinggi sebelum menawarkan teh kepada rakannya.
Menerusi klip itu, rakannya terkejut selepas melihat peti ais yang kosong.
Dia kemudiannya membuka pintu balkoni yang menjadi 'peti ais terbuka' dengan lambakan pelbagai makanan memandangkan suhu ketika itu adalah -15 darjah Celsius.
Warganet bagaimanapun memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian klip itu yang telah meraih lebih 571,000 tontonan.
Terdapat pengguna media sosial yang mempertikaikan cara penyimpanan makanan seperti itu yang jelas memberi risiko kepada kesihatan.
"Jika terkena rabies amatlah tidak berbaloi dan impaknya mungkin berlipat ganda daripada kos elektrik," ujar seorang warganet.
Seorang lagi pengguna media sosial juga tidak bersetuju dengan tindakannya.
"Perbuatan itu sebenarnya menarik haiwan liar. Oleh kerana itu wujudnya garaj pada musim sejuk. Jangan kotorkan kawasan kejiranan dengan melonggokkan makanan sedemikian," katanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

