'Peguam Negara perlu beri jaminan'

MOHD NOR
MOHD NOR
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat memandang serius tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memberhentikan prosiding terhadap 12 individu yang menghadapi 34 pertuduhan berhubung dakwaan menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuatkuasa serta-merta semalam.

Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah berkata, pengaruh kumpulan LTTE adalah bahaya dan memberi ancaman kepada individu, masyarakat termasuk negara.

Beliau berkata, LTTE merupakan organisasi gerila yang berjuang menentang kerajaan Sri Lanka bagi mendapatkan tanah air bebas di utara dan timur pulau itu yang didiami majoriti penduduk berketurunan Tamil.

"Institusi kehakiman sewajarnya menjadi tempat keadilan ditegakkan dan memastikan sebarang tindakan yang jelas salah dan membahayakan disekat dengan peruntukan kuasa yang sedia ada.

"Jika institusi kehakiman dikuasai demi kepentingan politik tertentu, maka ia akan menyebabkan kezaliman dan huru hara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nor berkata, Dewan Ulamak Pas Pusat mendesak jaminan daripada Peguam Negara bahawa dengan pembebasan 12 tertuduh yang dipercayai mempunyai kaitan pengaruh serta hubungan dengan LTTE itu tidak memberikan ancaman dan selamat daripada huru hara yang mungkin boleh berlaku.

"Sekiranya tiada jaminan, tindakan Peguam Negara jelas adalah suatu tindakan yang terpilih terhadap satu-satu kes demi kepentingan tertentu yang mengundang kemarahan rakyat umum," katanya.

Artikel Berkaitan: