Netanyahu takut dicekup

Wing of Zion menggunakan laluan berbeza pada akhir minggu lalu.
Wing of Zion menggunakan laluan berbeza pada akhir minggu lalu.
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengambil laluan berbeza ketika melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) semata-mata mahu mengelakkan ruang udara negara yang menguatkuasakan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atasnya pada November 2024.

Perkara itu didedahkan akhbar Maariv pada akhir minggu lalu selepas pesawat rasmi, Wing of Zion yang membawa Netanyahu mengelak negara Eropah ketika menyeberangi Lautan Atlantik.

“Destinasi penerbangan itu turut 'disembunyikan' daripada radar. Laluan biasa sepatutnya merentasi Laut Mediterranean dan menuju ke barat melintasi Greece atau Turkiye sebelum memasuki ruang udara negara Eropah,” jelas laporan itu lagi.

Pemimpin 'ekstremis' itu tiba di Washington pada petang Ahad menjelang pertemuan dengan Presiden Donald Trump yang dijadualkan pada Selasa untuk membincangkan beberapa isu termasuk fasa kedua gencatan senjata Gaza.

Difahamkan, ia adalah lawatan asing pertama Netanyahu sejak waran tangkap dikeluarkan ke atasnya dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant berhubung dakwaan melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza. - Agensi

@sinarharianonline

#ICYMI Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengambil laluan berbeza ketika melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) semata-mata mahu mengelakkan ruang udara negara yang menguatkuasakan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atasnya pada November 2024. Perkara itu didedahkan akhbar Maariv pada akhir minggu lalu selepas pesawat rasmi, Wing of Zion yang membawa Netanyahu mengelak negara Eropah ketika menyeberangi Lautan Atlantik.

Epic News - DM Production

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!