X

Kindly register in order to view this article
!

Pas batal hasrat bawa usul undi percaya kepada PM

Takiyuddin Hassan
A
A

SHAH ALAM - Pas membatalkan hasrat untuk membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen ekoran daripada keputusan terbaharu berhubung peralihan kuasa oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul itu tidak lagi relevan selepas ketetapan yang dilakukan itu telah berjaya menghentikan percubaan untuk menukar Perdana Menteri dengan cara yang tidak demokratik.

"Ia tidak lagi relevan untuk membawa usul ini lagi kerana Perdana Menteri kini boleh memberikan tumpuan untuk melaksanakan segala dasar dan memulihkan semula ekonomi tanpa gangguan politik," katanya kepada akhbar The Star di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, hasrat Pas bukanlah untuk mengambil alih kerajaan apabila mencadangkan usul tersebut tetapi mahu supaya berlaku kestabilan dalam politik negara.

"Apa yang kami mahukan ialah kestabilan dalam politik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peralihan kuasa terpulang kepada saya, kata Tun M

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH bahawa beliau diberikan mandat untuk menentukan sepenuhnya proses dan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beberapa portal melaporkan mesyuarat itu berlangsung dalam suasana tegang termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia mempertimbang keluar daripada PH jika Dr Mahathir terus didesak melepaskan jawatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf