[VIDEO] Tarif elektrik naik: 'Dengar betul-betul, ini dengar dengan sentimen marah' - PM

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau hanya memberi respons kepada Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) mengenai kenaikan tarif elektrik terhadap industri dan bukannya rakyat.

Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, 85 peratus rakyat bagaimanapun tidak terkesan dengan kenaikan yang akan diumumkan pada Julai nanti.

"Semalam (Isnin) dengar ucapan saya, masalahnya ini dengar dengan sentimen kebencian. Saya sebut 'may i respond to the called by ACCCIM'.

"Saya menjawab kepada pertanyaan ACCCIM (mengenai) kenaikan tarif bagi industri, bukan kepada negara dan rakyat.

"Dengar betul-betul, ini dengar dengan sentimen marah sahaja, ini penyakit marah dan bukan fakta ekonomi," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar ketika sesi PMQT di Dewan Rakyat pada Selasa.
Anwar ketika sesi PMQT di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai kenaikan tarif elektrik yang diumumkan sebelum ini.

Anwar ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran ACCCIM pada Isnin menjelaskan, kenaikan tarif elektrik tetap akan berlaku pada separuh kedua tahun ini dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, semakan perlu dibuat memandangkan kenaikan kadar tarif elektrik perlu berlaku, berpandukan kapasiti dan harga pada tempoh tertentu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Perdana Menteri mengingatkan, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan keputusan menaikkan tarif elektrik kepada pemain industri, namun tidak melibatkan kadar 14 peratus.

"Kalau tidak cukai kepada orang kaya, nak tambah perutukan kepada sekolah, hospital, dari mana wangnya?

"Jadi kita kena terima kenyataan, kenaikan tarif yang munasabah (dikenakan) bagi industri dan golongan kaya.

"Saya tegaskan semula, kenaikan kadar elektrik untuk industri berlaku mengikut kaedah ICPT (Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api) mulai Julai," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!