Polis buru suspek pecah rumah

Rakaman video tular memaparkan suspek memecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada Sabtu.
Rakaman video tular memaparkan suspek memecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada Sabtu.
A
A
A

KAJANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Bandar Baru Bangi di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 38 tahun yang memaklumkan rumah ibu mentuanya dipecah masuk pada jam 7.47 malam.

"Suspek telah mencuri dua bentuk cincin, semakan rakaman kamera litar tertutup memaparkan wajah suspek sedang melakukan perbuatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Naazron berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Sarjan Norliza Sarini di talian 013-3843868 bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!