Pesawat terhempas adalah ambulans udara, beberapa mangsa dipercayai maut

Kakitangan kecemasan bekerja untuk mengambil mayat mangsa dari bumbung sebuah bangunan selepas nahas pesawat di Philadelphia, Pennsylvania. Foto Reuters
Kakitangan kecemasan bekerja untuk mengambil mayat mangsa dari bumbung sebuah bangunan selepas nahas pesawat di Philadelphia, Pennsylvania. Foto Reuters
A
A
A

ISTANBUL - Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Agensi Anadolu (AA) pesawat itu yang dilaporkan sebagai ambulans udara, berlepas dari Northeast Philadelphia Airport sebelum terhempas sekitar jam 6:30 petang waktu tempatan (2330GMT), mencetuskan beberapa kebakaran.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, terdapat dua orang di dalam pesawat.

Tetapi seorang wartawan FOX 29 tempatan memetik polis Philadelphia yang mengatakan sekurang-kurangnya enam orang, termasuk dua juruterbang, dua doktor, seorang pesakit dan seorang ahli keluarga dipercayai terbunuh.

Setiausaha Pengangkutan Sean Duffy berkata, terdapat enam orang di dalam pesawat, mengukuhkan laporan media.

Pasukan kecemasan telah tiba di lokasi nahas, yang saksi melaporkan mendengar letupan kuat dan melihat beberapa kenderaan terbakar.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) sedang menjalankan siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!