NGO kebajikan jual pangkat kehormat, pingat palsu

Pingat palsu yang dipercayai dijual kepada individu yang menyertai pertubuhan kebajikan terbabit antara yang dirampas polis. Foto: ROSLI TALIB
Pingat palsu yang dipercayai dijual kepada individu yang menyertai pertubuhan kebajikan terbabit antara yang dirampas polis. Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan yang memakai pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan uniform sebelum ini didapati menjual pangkat kehormat dan pingat palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati penjualan tersebut ditawarkan kepada orang awam yang menyertai pertubuhan berkenaan.

Menurutnya, semakan mendapati pertubuhan itu berdaftar pada 2022 sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan, namun lambang dan lencana yang digunakan pada pakaian, tidak seperti yang didaftar.

Pingat palsu yang dipercayai dijual kepada individu yang menyertai pertubuhan kebajikan terbabit antara yang dirampas polis. Foto: ROSLI TALIB
Pingat palsu yang dipercayai dijual kepada individu yang menyertai pertubuhan kebajikan terbabit antara yang dirampas polis. Foto: ROSLI TALIB

"Siasatan kita mendapati NGO ini tidak terlibat sebarang unsur kongsi gelap, namun kita percaya mereka menjual pangkat kehormat dan pingat palsu kepada orang awam yang menyertai atau menjadi ahli pertubuhan ini.

"Harga jualan berkaitannya masih dalam siasatan dan kita minta sesiapa yang menjadi mangsa untuk tampil kepada polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.

Hussein berkata, menerusi tindakan diambil pada awal Januari lalu, 18 helai pakaian bersama lencana, lambang serta aksesori yang menyerupai badan uniform negara telah dirampas.

Menurutnya, pemeriksaan turut dilakukan di pejabat pertubuhan itu yang terletak di Pinggiran Subang, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Antara pakaian beserta aksesori yang menyerupai badan uniform yang dirampas, membabitkan siasatan terhadap sebuah pertubuhan kebajikan. Foto: ROSLI TALIB
Antara pakaian beserta aksesori yang menyerupai badan uniform yang dirampas, membabitkan siasatan terhadap sebuah pertubuhan kebajikan. Foto: ROSLI TALIB

"Siasatan mendapati majlis berkenaan telah dianjurkan oleh seorang individu dari pertubuhan itu yang berlangsung di sebuah hotel di Sungai Buloh dan aksesori dipakai, hampir menyerupai seperti tentera," ujarnya.

Tegasnya, berikutan itu polis merakamkan keterangan 40 individu dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diminta membatalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan.

"Kes disiasat Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tujuh termasuk pengasas akan dituduh dalam masa terdekat," katanya.

Hussein menunjukkan pakaian yang dirampas polis untuk siasatan kes membabitkan sebuah pertubuhan kebajikan. Foto: ROSLI TALIB
Hussein menunjukkan pakaian yang dirampas polis untuk siasatan kes membabitkan sebuah pertubuhan kebajikan. Foto: ROSLI TALIB

Sinar Harian pada 4 Januari lalu melaporkan, polis membuka kertas siasatan berkaitan sekumpulan individu berpakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat pasukan uniform ketika menghadiri satu majlis di sebuah hotel.

Rakaman video majlis itu tular di aplikasi TikTok pada 3 Januari lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!