Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan bebas tuduhan rogol atlet

Qiang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan merogol seorang atlet, tiga tahun lalu.
Qiang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan merogol seorang atlet, tiga tahun lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas jurulatih pasukan terjun kebangsaan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan merogol seorang atlet terjun tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu terhadap Huang Qiang selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen, melepas dan membebaskan Qiang pada 9 April, 2018 dan 31 Januari tahun lalu.

“Setelah membaca rekod rayuan, saya mendapati tiada keraguan dalam penemuan oleh keputusan hakim perbicaraan, untuk membebaskan tertuduh.

“Ia selepas pasukan pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan,” katanya.

Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, keputusan juga mengambil kira hujah daripada pihak pembelaan mengenai jurang waktu ketika kejadian dan masa yang diambil oleh pemohon untuk membuat laporan.

Pada 11 Oktober 2017, Qiang yang berasal dari China dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan merogol mangsa di dalam gim kering, Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jali, di sini pada 5.30 petang, 26 September 2017.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pada 9 April 2018, Qiang dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya di akhir kes pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun pada 31 Oktober 2018, Mahkamah Tinggi memerintahkan tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Qiang.

Pada 31 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Qiang.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Asyikin Mokhtar manakala Qiang diwakili peguam, Mohd Hisham Md Nen.