Peniaga, pelanggan bergaduh kerana barang mahal

Video pergaduhan terbabit didapati tular dan siasatan mendapati kejadian berlaku berlaku pada jam 11.30 malam.
Video pergaduhan terbabit didapati tular dan siasatan mendapati kejadian berlaku berlaku pada jam 11.30 malam.
A
A
A

PASIR GUDANG – Harga barang yang didakwa mahal dipercayai menjadi punca salah faham peniaga dan pelanggan sehingga bergaduh di Taman Johor Jaya di sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kedua-dua lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang, Selasa.

Menurut beliau, sebelum itu video pergaduhan terbabit didapati tular dan siasatan mendapati kejadian berlaku berlaku pada jam 11.30 malam.

“Susulan itu, pihak polis menahan kedua-dua lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 28 tahun kira-kira jam 6 petang Isnin di sekitar kawasan Taman Johor Jaya.

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat salah faham antara peniaga dan pelanggan kerana isu harga barang mahal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula 29 Januari bagi membantu siasatan.

"Hasil semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing ke atas mereka negatif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar selain Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," ujarnya.

Sebelum itu, tular rakaman video berdurasi satu minit 41 saat menunjukkan tiga individu bergaduh dan cuba ditenangkan seorang wanita.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohd Sohaimi berkata, seorang lagi suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai pelanggan yang turut terbabit dalam pergaduhan itu masih diburu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Hamizan di talian 010-4338032 atau Pusat Kawalan Daerah Seri Alam di talian 07-3871422," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!