11 anjing liar serang wanita hingga maut

Sekumpulan anjing liar menyerang mangsa wanita hingga maut di kawasan Terminal Bas Kunak.
Sekumpulan anjing liar menyerang mangsa wanita hingga maut di kawasan Terminal Bas Kunak.
A
A
A

KUNAK - Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat diserang kira-kira 11 ekor anjing liar di kawasan Terminal Bas Kunak, pada Sabtu lalu.

Kejadian berlaku pada jam 1.49 pagi itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan mangsa berusia sekitar 60-an dikerumun dan diserang oleh sekumpulan anjing tersebut.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Sabarudin Rahmat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita itu kira-kira jam 6.30 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati mayat wanita itu ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dengan kesan gigitan haiwan di beberapa bahagian badan termasuk tangan kiri, kepala, dada, pinggang dan kedua-dua belah kaki.

"Barang peribadi mangsa juga ditemukan berselerak di sekitar lokasi kejadian dan rakaman CCTV menunjukkan mangsa diserang oleh sekumpulan anjing liar sehingga menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun, Sabarudin berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan dipercayai bukan penduduk asal daerah tersebut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!