Pasangan kekasih kahwin di hospital

awaz dan Reshma dalam keadaan tidak bermaya dinikahkan di hospital tempat mereka dirawat.
awaz dan Reshma dalam keadaan tidak bermaya dinikahkan di hospital tempat mereka dirawat.
A
A
A

HYDERABAD - INDIA. Sepasang kekasih yang meminum racun kerana hubungan mereka tidak direstui keluarga akhirnya dikahwinkan di sebuah hospital tempat mereka dirawat.

Menurut Times of India kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Dharur, baru-baru ini.

Difahamkan, seorang gadis dikenal pasti sebagai Reshma Begum, 20, meminum racun sebagai tanda protes terhadap perkahwinan yang diatur keluarganya.

Sedangkan pada masa sama, wanita tersebut sudah mempunyai kekasih bernama Nawaz.

Polis berkata, selepas mengetahui wanita dicintainya meminum racun, Nawaz turut mengambil pendekatan sama.

"Pasangan kekasih ini bernasib baik kerana masih hidup. Mereka dirawat di hospital sama di Vikarabad.

"Selepas perbincangan, kedua-dua keluarga bersetuju pasangan kekasih ini disatukan.

"Mereka berkahwin di hospital. Akhirnya mereka dapat pengakhiran yang diimpikan," kata polis. - Agensi

Artikel Berkaitan: