Empower ECER bantu lonjak potensi perniagaan

Peserta yang menyertai Bengkel Penjenamaan Produk dan Pengurusan Kewangan Syarikat di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Peserta yang menyertai Bengkel Penjenamaan Produk dan Pengurusan Kewangan Syarikat di Kuala Terengganu baru-baru ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Program Empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan di bawah seliaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Bengkel Penjenamaan Produk dan Pengurusan Kewangan Syarikat di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pegawai Eksekutif Jabatan Pengurusan Korporat, Kualiti dan Alumni Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Muhamad Irsaffuddin Ismail berkata, bengkel itu dihadiri peserta Empower ECER yang terdiri daripada usahawan di sekitar negeri Terengganu dan Kelantan.

Katanya, mereka merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan seperti bakeri, spa, baik pulih kenderaan dan telefon, makanan sejuk beku, jahitan serta dandanan rambut.

“Panel jemputan adalah daripada Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Fakulti Perakaunan UiTM Kampus Dungun.

“Objektif utama program ini dianjurkan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penjenamaan produk dari segi bahan promosi dan reka bentuk grafik pada pengiklanan, seterusnya dapat mencungkil idea kreatif dan inovatif dalam rekaan bahan promosi,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, peserta turut diberikan pendedahan mengenai sistem pengurusan kewangan syarikat.

Artikel Berkaitan: