Cadangan DAP di Jalan Hang Tuah perlu kajian - Exco

Rais (tiga, kiri) ketika melawat pameran di khemah Pos Kawalan Bomba pada Majlis Pelancangan Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Ops Perayaan Tahun Baharu Cina di Dataran Ayer Keroh, di sini, pada malam Ahad.
Rais (tiga, kiri) ketika melawat pameran di khemah Pos Kawalan Bomba pada Majlis Pelancangan Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Ops Perayaan Tahun Baharu Cina di Dataran Ayer Keroh, di sini, pada malam Ahad.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri perlu membuat kajian mendalam sebelum sesuatu cadangan seperti mewujudkan Jonker Walk 2.0 di Jalan Hang Tuah di sini, dipersetujui dan seterusnya direalisasikan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, meskipun kerajaan negeri menggalakkan produk baharu dalam sektor pelancongan, namun pelbagai aspek perlu dilihat termasuk dari segi kesesuaian lokasi dan kaedah pelaksanaannya.

Menurutnya, ini bagi memastikan idea berkenaan tidak merencatkan suasana perniagaan sedia ada yang telah lama bertapak di kawasan itu terutama majoriti merupakan peniaga Bumiputera.

"Kini kita berada di dalam satu era di mana orang ramai tak kira kaum mereka suka kepada konsep membeli belah secara santai.

Rais (tengah) bergambar bersama sebahagian pegawai dan anggota bomba selepas majlis perasmian pelancaran itu.
Rais (tengah) bergambar bersama sebahagian pegawai dan anggota bomba selepas majlis perasmian pelancaran itu.

"Namun secara dasarnya pada saya yang dah ada kita lihat untuk penambahbaikan, dan kalau kita nak bawa ke tempat baharu perlu kajian mendalam, jangan nanti peniaga tak ada atau ia akan merosakkan suasana perniagaan yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka Sempena Ops Perayaan Tahun Baru Cina di Dataran Ayer Keroh, di sini, pada malam Ahad.

Hadir sama, Pengarah JBPM Melaka, Mohd Pisar Aziz dan Timbalannya R Saiful Iswandy R Hassan.

Media pada Ahad melaporkan cadangan DAP untuk mewujudkan Jalan Jonker 2.0 di Jalan Hang Tuah.

Artikel Berkaitan:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, cadangan itu susulan kejayaan pasar malam yang turut mendapat jolokan 'China Town' di Jalan di Hang Jebat sejak 25 tahun mendapat perhatian pelancong dari serata dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!