MBDK tutup, sita perniagaan penjaja tanpa lesen

Serbuan dijalankan Jabatan Penguatkuasa MBDK susulan rungutan diterima daripada wakil penduduk sekitar.
Serbuan dijalankan Jabatan Penguatkuasa MBDK susulan rungutan diterima daripada wakil penduduk sekitar.
A
A
A

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menutup perniagaan penjaja tanpa lesen yang beroperasi di sekitar Jalan Batu Nilam 6, di sini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan, serbuan dijalankan Jabatan Penguatkuasa susulan rungutan diterima daripada wakil penduduk sekitar.

Jelasnya, Jabatan Pelesenan juga pernah mengeluarkan notis kepada penjaja terbabit pada Disember tahun lalu namun mereka masih berdegil meneruskan perniagaan.

"Hasil siasatan di lokasi turut mendapati dua peniaga yang menjalankan perniagaan manakala bakinya meninggalkan peralatan perniagaan di lokasi.

"MBDK kemudiannya mengambil tindakan sitaan dan kompaun di bawah UUK3 Penjaja (MPK)," menurut hantaran itu.

Dalam pada itu, MBDK akan meneruskan operasi seumpama itu dari masa ke masa bagi mengatasi isu penjaja tapa lesen di kawasan pentadbiran MBDK.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!