Nikmati 10X prosperity, ganjaran Huat Ah! bersama AEON Bank

Pelanggan setia AEON Bank berpeluang menikmati pelbagai mata ganjaran sempena Kempen 10X Prosperity.
Pelanggan setia AEON Bank berpeluang menikmati pelbagai mata ganjaran sempena Kempen 10X Prosperity.
A
A
A

AEON Bank berhasrat memeriahkan lagi perayaan Tahun Baharu Cina menerusi Kempen 10X Prosperity yang membawa ganjaran berbaloi lebih ‘Huat Ah!’ kepada pelanggan.

Mulai 21 Januari hingga 16 Februari 2025, pelanggan bakal menikmati 10X mata ganjaran bersamaan dengan nilai lima peratus pulangan tunai bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di cawangan AEON terpilih termasuk di AEON BiG.

AEON dalam satu kenyataan berkata, tawaran terhad itu merupakan inisiatif untuk menambah nilai selain membantu pelanggan memaksimumkan penjimatan barangan runcit dan keperluan asas semasa musim perayaan serta menikmati ganjaran tambahan.

Menurutnya, pelanggan boleh terus mengumpul mata ganjaran AEON dan menebusnya kepada wang tunai yang akan didepositkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank secara mudah melalui aplikasi AEON Bank.

“Pelanggan boleh terus mengumpul mata ganjaran AEON dan menebusnya kepada nilai tunai.

“Walau bagaimanapun, kempen AEON Points 3X dan 2X points tidak boleh ditindankan bersama dengan 10X AEON Points Kempen 10X Prosperity,” katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, pengguna aplikasi AEON Bank mempunyai ciri saving pot yang membolehkan mereka menikmati kadar keuntungan sebanyak tiga peratus.

Menerusi ciri tersebut, pengguna boleh mengaktifkan optimise saving pilihan masing-masing sebelum dibundarkan dan baki akan didepositkan secara automatik ke dalam saving pot.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, terdapat satu lagi tawaran eksklusif iaitu ganjaran 3,000 AEON Points bersamaan dengan nilai tunai RM15 khas untuk pelanggan baharu yang mengaktifkan Akaun Simpanan-i mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2025.

“Mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus kepada nilai tunai menerusi aplikasi AEON Bank.

“Selain itu, pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam Program Rujukan ‘Share-Share Lah’ AEON Bank dan mereka hanya perlu merujuk rakan atau keluarga untuk membuka Akaun Simpanan-i AEON,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!