Ahli Parlimen langsaikan RM830,000

Dr Siti Mastura
Dr Siti Mastura
A
A
A

AWANG angkat topi dan tabik hormat pada Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang langsaikan saman kepada tiga orang pemimpin DAP. Ini tindakan terpuji. Beliau didapati bersalah oleh mahkamah dan ambil tanggungjawab atas kesalahannya.

Kalau ikut laporan media dia selesaikan bayaran RM830,034.75 yang merangkumi ganti rugi, kos guaman dan faedah kepada Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Itu patut jadi pengajaran pada beliau lain kali. Pada pendapat Awang kenapa nak habiskan duit sebanyak itu membayar denda? Kalau betul ada duit alangkah baiknya digunakan demi kebajikan pengundi di kawasannya.

Ramai jugalah orang bertanya, dari mana Dr Siri Mastura dapat duit sebanyak itu? Apakah melalui derma orang ramai? Atau ada usaha crowd funding? Atau ada sponsor tertentu? Mungkin juga dari tabung Pas. Boleh jadi juga dia orang kaya atau banyak berharta.

Ada juga yang kata patut sangat disiasat punca kewangan itu supaya telus dan terbuka. Maklumlah beliau ahli Parlimen pertama kali. Tidak nanti orang kata datang dari sumber yang mencurigakan atau ada pihak berkepentingan yang nak ambil kesempatan daripada kesnya. SPRM patut sangat buat siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!