Dulu berniaga cukup makan, kini bergelar usahawan

Sebelum menyertai kursus melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kebanyakan peserta hanya memperoleh rezeki cukup makan.
Sebelum menyertai kursus melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kebanyakan peserta hanya memperoleh rezeki cukup makan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebelum menyertai kursus melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kebanyakan peserta hanya memperoleh pendapatan cukup makan.

Namun selepas mengikuti PKEB, peserta yang didedahkan dengan ilmu melibatkan modul bina insan, bina upaya dan celik kewangan kini sudah mampu bergelar usahawan, malah ada yang memperoleh pendapatan lima angka.

Ia diakui sendiri oleh Ahmad Tarmizi Hussin, 52, dari Wakaf Bharu, Tumpat yang sebelum ini tahu menanam tebu sahaja selepas perniagaan makanan diusahakan terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ahmad Tarmizi Hussin
Ahmad Tarmizi Hussin

"Alhamdulillah selepas mengikuti kursus PEKB, saya kini bukan sekadar tanam tetapi mengusahakan sendiri air tebu sejuk beku untuk dipasarkan. Selain itu tebu yang ditanam turut dibeli oleh peniaga lain untuk jualan.

"Banyak ilmu yang saya pelajari sepanjang tujuh hari kursus diadakan antaranya dari segi pasaran, pengurusan kewangan dan sebagainya.

"Terima kasih kepada KPKT memberi peluang ini kepada saya serta peserta lain untuk menambahkan pendapatan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada PEKB di sini pada Jumaat.

Program berkenaan dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi.

Artikel Berkaitan:

Mereka ini merupakan antara 16,955 individu bebas dari kepompong kemiskinan sejak 2013 lalu hasil daripada PEKB yang diperkenalkan oleh KPKT.
Mereka ini merupakan antara 16,955 individu bebas dari kepompong kemiskinan sejak 2013 lalu hasil daripada PEKB yang diperkenalkan oleh KPKT.

Hadir sama ialah Pengerusi Pertubuhan Ikatan Pembangunan Usahawan Malaysia, Fauziah Mohamed Amin.

Menurut Ahmad Tarmizi, sebelum ini pendapatannya sekadar cukup makan sahaja tetapi semenjak mempunyai produk air tebu sejuk beku, dia memperoleh wang lebih untuk disimpan bagi kelangsungan hidup.

Bagi Ahmad Adam Mohd Redzuan, 20, dari Guchil Bayam, di sini memberitahu sebelum ini dia hanya menjual jam tangan secara dalam talian.

Ahmad Adam Mohd Redzuan
Ahmad Adam Mohd Redzuan

Ujarnya, selepas mengikuti kursus PEKB dia bertekad mengusahakan karipap sejuk beku dengan bantuan peralatan serta kemahiran yang diberikan.

"Saya juga dibantu oleh ibu untuk memenuhi permintaan terhadap jualan kuih tersebut. Alhamdulillah pendapatan saya semakin bertambah dan bukan sekadar dari jualan jam semata-mata.

"Duit lebih ini dapat saya kongsikan dengan ahli keluarga yang lain," katanya.

Sementara itu, Ibu kepada lima cahaya mata, Wan Faridah Wan Deraman, 54, dari Pantai Cahaya Bulan, di sini memberitahu, banyak ilmu diperoleh daripada kursus PEKB itu, malah membantu meningkatkan jualan kuih-muih yang telah diusahakan sejak 12 tahun lalu itu.

Wan Faridah Wan Deraman
Wan Faridah Wan Deraman

Ujarnya, alatan yang diberikan digunakan untuk menambahkan jualan kuih seperti pau, roti jala, lapis dan banyak lagi.

"Kuih-kuih ini saya pasarkan di kedai-kedai kopi. Alhamdulillah setiap minggu saya memperoleh pendapatan lebih RM300, dapatlah membantu meringankan beban suami yang bekerja sebagai buruh," katanya.

Mereka ini merupakan antara 16,955 individu bebas dari kepompong kemiskinan sejak 2013 lalu hasil daripada PEKB yang diperkenalkan oleh KPKT.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!