Pembekal sandwic ‘ham & cheese’, pengarah didakwa guna logo halal tanpa kelulusan

Sarn Yeun (tengah) memakai baju berkolar warna biru, dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat, bagi menghadapi pertuduhan menggunakan logo halal dan cap dagangan tanpa kelulusan, pada pelbagai jenis sandwic, dua minggu lalu.

A
A
A

PETALING JAYA – Sebuah syarikat pembekal sandwic dan pengarahnya, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, masing-masing atas tujuh pertuduhan menggunakan logo halal dan cap dagangan tanpa kelulusan, pada 366 pelbagai jenis sandwic, dua minggu lalu.

Ewe Sarn Yeun, 65, yang turut mewakili syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh dan Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Sarn Yeun (tengah) memakai baju berkolar warna biru, dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat, bagi menghadapi pertuduhan menggunakan logo halal dan cap dagangan tanpa kelulusan, pada pelbagai jenis sandwic, dua minggu lalu.
Sarn Yeun (tengah) memakai baju berkolar warna biru, dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat, bagi menghadapi pertuduhan menggunakan logo halal dan cap dagangan tanpa kelulusan, pada pelbagai jenis sandwic, dua minggu lalu.

Mengikut enam pertuduhan, syarikat dan lelaki itu didakwa membekalkan 74 ‘Egg Mayo Sandwich’, 66 ‘Ham & Cheese Sandwich’, 56 ‘Chili Crabstick Sandwich’, 50 ‘Mixed Tuna Sandwich’, 43 ‘Mixed Potato Sandwich’ dan 77 ‘Mixed Chicken Sandwich’ menggunakan logo halal Malaysia.

Semua produk itu menunjukkan makanan berkenaan boleh dimakan oleh orang Islam dengan cara yang bertentangan dengan Perenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

Semua kesalahan didakwa dilakukan di syarikat terbabit di Sunway Damansara, di sini pada jam 12.50 tengah hari, 10 Januari lalu.

Sarn Yeun yang mempunyai status pemastautin tetap Amerika Syarikat, didakwa bawah Perenggan 8 (b) yang boleh dihukum bawah Perenggan 8 (B), membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara syarikat terbabit didakwa mengikut Perenggan 8 (b) dan boleh dihukum bawah Perenggan 8 (A) perintah sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM200,000, jika sabit kesalahan.

Bagi masing-masing satu pertuduhan, Sarn Yeun dan syarikat didakwa mempunyai kawalan bagi enam jenis makanan yang sama itu telah menggunakan logo halal Malaysia dengan salah di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019, di lokasi, masa dan tarikh sama.

Artikel Berkaitan:

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 102 (1) (c) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 102 (1) (ii) akta serupa, membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi syarikat terbabit, ia dituduh bawah Seksyen 102 (1) (c) akta sama dan boleh dihukum bawah Seksyen 102 (1) (i) akta serupa yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes ini dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shafiq Mahadi dan Hakiim Izani.

Pembelaan bagi tertuduh dan syarikat itu diwakili peguam, Hamdan Hamzah dan Azura Mokhtar.

Mahkamah membenarkan Sarn Yeun diikat jamin sebanyak RM130,000 serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan UM menutup dua premis jualan runcit 24 jam berhubung beberapa dakwaan mengenai kandungan makanan terbabit.

UM dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan dikeluarkan, bagi memberi ruang kepada siasatan.

Tambah kenyataan itu, UM sentiasa memastikan, produk yang dijual dalam kampus, dibekalkan oleh syarikat yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!