Dulu simbah cat sahaja, sekarang sampai bakar rumah!

KETIKA Merak Jalanan melepak dengan kawan lama di sebuah kedai kopi, tanpa sengaja terdengar perbualan dua lelaki yang duduk di meja bersebelahan.
“Dulu, call main ugut-ugut, simbah cat saja. Tapi sekarang dah melampau sampai bakar rumah!” kata salah seorang daripada mereka.
Merak Jalanan pada mulanya tidak begitu mengambil kisah, tapi semakin lama perbualan itu semakin rancak dan rasa ingin tahu.
Rupanya mereka berbual tentang tindakan ceti haram atau along terhadap peminjam yang gagal membayar hutang tepat pada waktunya.
“Hutang beberapa ratus ringgit sahaja, tapi kalau lambat bayar, memang habislah,” kata lelaki itu menyambung ceritanya.
Isu along bertindak ganas ini bukan perkara baharu. Sejak dulu lagi Merak Jalanan sudah dengar tindakan ngeri along terhadap peminjam.
Malah baru-baru ini, along dikatakan membakar sebuah rumah di Kepong milik ibu bapa peminjam yang sudah meninggal dunia. Orang lain yang meminjam wang, orang lain pula yang menjadi mangsa.
Kes ini menunjukkan betapa bahayakan sekiranya seseorang itu terjebak cengkaman pinjaman along.
Sindiket ini tidak hanya memeras mangsa dengan kadar faedah yang keterlaluan, malah melakukan kekerasan tanpa rasa belas kasihan.
Harta benda rosak, nyawa terancam, semuanya demi memastikan hutang dilunaskan.
Justeru, Merak Jalanan berharap supaya isu along ini dipandang serius oleh pihak berkuasa.
Jangan biarkan mereka bermaharajalela seolah-olah negara kita tidak ada undang-undang.
Tapi untuk membanteras along ini sebenarnya bermula daripada kesedaran masyarakat sendiri.
Kalau sudah tahu along itu ganas, kenapa masih sanggup menanggung risiko meminjam daripada mereka?
@sinarharianonline Ketika Merak Jalanan melepak dengan kawan lama di sebuah kedai kopi, tanpa sengaja terdengar perbualan dua lelaki yang duduk di meja bersebelahan. “Dulu, call main ugut-ugut, simbah cat saja. Tapi sekarang dah melampau sampai bakar rumah!” kata salah seorang daripada mereka. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian#SinarTerkini#BakarRumah#HutangAlong#AlongMengganas News - Abiel Accoustic
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
