Along khianat bakar rumah ibu bapa peminjam di Kepong

Lip Eng memuat naik hantaran di X berhubung kejadian khianat membakar rumah dipercayai dilakukan along di Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur pada Sabtu. (Gambar kanan, tangkap layar CCTV memaparkan seorang individu bertindak membakar rumah terbabit.)
Lip Eng memuat naik hantaran di X berhubung kejadian khianat membakar rumah dipercayai dilakukan along di Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur pada Sabtu. (Gambar kanan, tangkap layar CCTV memaparkan seorang individu bertindak membakar rumah terbabit.)
A
A
A

KEPONG - Sebuah rumah terbakar dipercayai dikhianat oleh along di Desa Jaya, di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menerima aduan daripada individu berhubung kejadian jenayah itu pada jam 4.55 petang.

Beliau berkata, ada individu telah membakar rumah ibu bapa peminjam yang berhutang dengan along.

"Saya terima aduan along membakar rumah ibu bapa di Desa Jaya, Kepong, walaupun anak mereka telah meninggal dunia akibat dipercayai terjatuh dari tingkat tinggi sebuah hotel di Johor," katanya dalam hantaran X.

Susulan itu, dua laporan polis telah dibuat berhubung kejadian khianat terbabit.

Dalam hantaran di X, Lip Eng telah memuat naik dua video menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) durasi 0.03 dan 0.38 saat pada Selasa jam 12.26 tengah hari.

Menerusi rakaman CCTV itu, kelihatan seorang individu bertopi dan memakai pelitup muka telah menampal sesuatu di pagar rumah mangsa.

Individu itu kemudiannya membaling sesuatu ke arah rumah mangsa hingga berlaku kebakaran sebelum melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian cuba mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!