Op Sky: Enam lagi suspek ditahan

Enam lagi individu yang merupakan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan disyaki menerima rasuah berhubung pinjaman peribadi ditahan SPRM pada Rabu.
Enam lagi individu yang merupakan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan disyaki menerima rasuah berhubung pinjaman peribadi ditahan SPRM pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Enam lagi individu yang merupakan pegawai dan bekas pegawai institusi perbankan disyaki menerima rasuah berhubung pinjaman peribadi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

Menurut sumber, kesemua mereka dikenakan perintah reman selama lima hari sehingga Isnin oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Sumber berkata, perintah reman ke atas suspek terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita itu diperoleh selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

"Enam suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 40-an telah ditahan antara jam 3 hingga 4 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung Op Sky.

"Mereka dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi," katanya pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan terhadap enam lagi suspek berkenaan dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Kata beliau, seramai 19 individu yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!