Op Sky: Lima lagi individu direman

Suspek baharu kes rasuah pinjaman peribadi dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi permohonan reman.
Suspek baharu kes rasuah pinjaman peribadi dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa bagi permohonan reman.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima lagi individu melibatkan pegawai institusi perbankan kerana disyaki menerima rasuah.

Sumber berkata, kesemuanya disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses dan meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukakan sebuah syarikat perunding kewangan.

Kata sumber, perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu dikenakan ke atas empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki yang berusia 30-an direman selama tiga hari sehingga Khamis.

"Perintah reman ke atas semua suspek telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pagi ini," katanya pada Selasa.

Menurut sumber, kelima-lima suspek tersebut ditahan antara jam 3 petang hingga 7 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu dikenakan ke atas empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an.
Perintah reman selama lima hari sehingga Sabtu dikenakan ke atas empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

Katanya, SPRM telah menerima beberapa aduan dan maklumat berkaitan kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai institusi perbankan yang telah membantu memproses serta meluluskan permohonan pinjaman peribadi pelanggan melalui sebuah syarikat perunding kewangan.

Jelasnya, pegawai tersebut dipercayai menerima rasuah daripada syarikat perunding kewangan yang bertindak menyediakan dokumen dipercayai mengandungi maklumat palsu pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan terhadap lima lagi suspek berkenaan dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, seramai 16 individu yang sebelum ini direman telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!