FAM lancar jersi baharu Harimau Malaya

FAM melancarkan jersi baharu Harimau Malaya yang ditaja oleh PUMA pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
FAM melancarkan jersi baharu Harimau Malaya yang ditaja oleh PUMA pada Khamis. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan jersi baharu Harimau Malaya dengan PUMA Malaysia menjadi penaja baharu, pada Khamis.

Ia sekali gus menyemarakkan revolusi Harimau yang sedang rancak ketika ini, terutama ketika skuad negara mempunyai tugasan penting mengharungi Kelayakan Piala Asia yang akan bermula Mac depan.

Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata, pengenalan jersi baharu itu tiba tepat pada masanya dan menandakan era baharu buat skuad kebangsaan.

"Struktur baharu Harimau Malaya dan kerjasama dengan PUMA ini akan menjadi era baharu buat pasukan negara. Saya harap dengan kerjasama ini ia akan meningkatkan moral pemain dan pegawai Harimau Malaya untuk menyerlahkan lagi pasukan.

"Kepakaran mereka (PUMA) dalam inovasi pakaian sukan dan pengiktirafan global bukan sahaja akan menyediakan pemain kita dengan peralatan yang mereka perlukan untuk bersaing di peringkat tertinggi, tetapi juga membantu memupuk hubungan lebih mendalam antara pasukan dan penyokong.

FAM memeterai kerjasama empat tahun dengan PUMA yang akan menjadi rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
FAM memeterai kerjasama empat tahun dengan PUMA yang akan menjadi rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Bersama-sama kita menyasarkan untuk mencipta budaya bola sepak yang lebih bertenaga di Malaysia serta memberikan inspirasi kepada kedua-dua pemain dan peminat, sambil kita meningkatkan sukan ini ke tahap lebih tinggi," katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran jersi tersebut pada Khamis.

Jersi rasmi 'home' dan 'away' Harimau Malaya direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam.

Artikel Berkaitan:

Jersi tersebut kini boleh dibeli di kedai PUMA terpilih di seluruh negara pada harga RM319.

Pengenalan jersi tersebut juga bermakna FAM telah memeterai kerjasama empat tahun dengan PUMA yang akan menjadi rakan pakaian rasmi Harimau Malaya dan

mengukuhkan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk memajukan bola sepak di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara dan Oceania, Sanjay Roy menyifatkan kerjasama dengan FAM itu menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana mereka dapat membantu dalam bola sepak negara.

"Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!