Pemandu lori bawa barang runcit seludup ditahan

Seorang pemandu lori dipercayai membawa barangan runcit yang diseludup dari negara jiran ditahan semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu melakukan penugasan menerusi Op Taring Wawasan di Gual Tinggi, Rantau Panjang pada Rabu.

A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang pemandu lori dipercayai membawa barangan runcit diseludup dari negara jiran ditahan semasa anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu melakukan penugasan menerusi Op Taring Wawasan di Gual Tinggi di sini pada Rabu.

Tangkapan jam 8.15 malam itu dilakukan selepas anggota PGA mengesan kenderaan terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan oleh seorang lelaki berusia 54 tahun.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan pelbagai barangan runcit dipercayai diseludup tanpa dokumen sah.

Anggaran nilai rampasan bernilai RM158,740 termasuk nilai lori dan kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.
Anggaran nilai rampasan bernilai RM158,740 termasuk nilai lori dan kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.

"Anggaran rampasan bernilai RM158,740 termasuk nilai lori dan kes disiasat bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.

"Barangan rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!