Kedai serbaneka disimbah cat: Polis semak rakaman CCTV

Sinar Harian pada Selasa melaporkan kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini disimbah cat merah.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini disimbah cat merah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini yang disimbah cat merah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, aspek siasatan dilaksanakan secara menyeluruh berkaitan kejadian.

"Siasatan turut melibatkan rakaman CCTV di sekitar lokasi bagi mengenal pasti pelaku terlibat dalam kejadian.

"Setakat ini, tiga individu telah dirakam keterangan bagi siasatan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini disimbah cat merah.

Kejadian terbabit yang disedari pekerja kedai berkenaan sebelum memaklumkannya kepada anggota polis bantuan universiti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!