Kedai serbaneka disimbah cat merah

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini disimbah cat merah dalam kejadian pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, makluman kejadian diterima pihaknya berdasarkan laporan yang dibuat pada jam 8 pagi.
"Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 12.50 tengah malam apabila pengadu yang merupakan anggota polis bantuan universiti berkenaan dimaklumkan pekerja kedai serbaneka itu.
"Semakan awal mendapati terdapat kesan cat berwarna merah di bahagian hadapan pintu kedai terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

