Pesara rugi RM196,000 selepas ikut arahan 'pegawai polis'

Gambar hiasan. - Foto 123RF Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar hiasan. - Foto 123RF Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang pesara kerugian RM196,000 selepas semua wangnya dipindahkan ke 12 akaun bank milik individu lain atas arahan seorang 'pegawai polis' pada 4 Januari lalu.

Mangsa berusia 58 tahun diarah berbuat demikian bagi tujuan siasatan selepas nama dan kad banknya dikatakan telah disalah guna pihak lain untuk mengambil pil tidur dari sebuah hospital selain dikaitkan dengan kes dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa membuat 21 transaksi bayaran pada 7 Disember tahun lepas hingga 13 Januari lalu.

Menurutnya, bayaran dibuat melalui 12 akaun bank berbeza yang diberikan 'pegawai polis' berkenaan.

"Mangsa kemudian diminta membuat bayaran tambahan RM50,000 namun dia tidak berbuat demikian kerana sudah kehabisan wang.

"Mangsa yang mula curiga dan syak ditipu bertindak membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Mohd Wazir berkata, pihaknya kini mengesan enam individu yang dikenal pasti sebagai pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: