Tekong dicekup sorok PATI dalam rumah

Seorang lelaki dipercayai tekong dicekup Batalion 7 PGA Kuantan selepas menyorokkan 10 PATI di dalam rumahnya di Kampung Chenerai, Alor Pasir, Pasir Mas pada Isnin. Foto PGA (Gambar kecil: Nik Ros Azhan)
Seorang lelaki dipercayai tekong dicekup Batalion 7 PGA Kuantan selepas menyorokkan 10 PATI di dalam rumahnya di Kampung Chenerai, Alor Pasir, Pasir Mas pada Isnin. Foto PGA (Gambar kecil: Nik Ros Azhan)
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki dipercayai tekong dicekup Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan selepas menyorokkan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam rumahnya di Kampung Chenerai, Alor Pasir di sini pada Isnin.

Dalam serbuan jam 5.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan itu, lelaki berusia 37 tahun terbabit ditahan bersama dua lelaki, empat wanita dan selebihnya kanak-kanak warganegara Myanmar.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau perjalanan masuk ke Malaysia yang sah.

"Kesemua PATI ditahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Tekong pula kita tahan di bawah Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya semasa dihubungi pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, kesemua mereka telah dibawa Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!